Rang Undang-Undang DNA Kes liwat Anwar Ibrahim II

Pada 19 Ogos 2008, Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) dibentangkan di Dewan Rakyat. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan akta itu sudah lama hendak dibawa oleh kerajaan ke Dewan Rakyat. Penggubalan akta ini bagi mewajibkan suspek kes jenayah memberi sampel DNA mereka kepada pihak polis dan doktor kerajaan. Tetapi pembangkang yang suka memutarbelitkan fakta berkeras ini satu lagi komplot memalukan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008. Sebelum ini Anwar Ibrahim enggan memberikan sampel darah untuk ujian DNA kerana bimbang disalahguna seperti terdahulu sedangkan beliau tidak mempunyai ilmu dalam biologi, selain juga menegaskan maklumat DNA dalam contoh yang diberikan 6 kali kes terdahulu tidak pernah berubah walaupun selepas 2,000 tahun.[14] [15]

Akhbar harian Nanyang Siang Pau melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mungkin ditangkap sehingga Akta DNA baru diluluskan di Parliamen. Akhbar Nanyang melaporkan bahawa pihak polis kekurangan contoh DNA bagi kes ini. Di bawah undang-undang semasa pihak polis tidak dapat memaksa sesiapa memberi contoh darah. Dengan Akta Pengenalan DNA ia adalah salah bagi sesiapa enggan menjalani ujian DNA dalam kes jenayah seperti meliwat seseorang dengan paksa. Datuk Chor Chee Heung selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri, menyatakan kementerian akan cuba mengemukakan akta tersebut pada bulan Ogos 2008.

Isu pengenalan undang-undang DNA ini timbul selepas desakan beberapa menteri kanan termasuk Perdana Menteri kepada Anwar untuk memberikan contoh DNA gagal seperti yang dituduh oleh Pakatan Rakyat. [16]

Rujukan

WikiPedia: Kes liwat Anwar Ibrahim II http://www.astroawani.com/berita-politik/prk-port-... http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=35287... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php...